Harga Terbaru DSLR Nikon juga Perbezaan D3100 dan D7000

Salam kepada semua pembaca blog ini,

Entri kali ini saya keluarkan untuk menyambung entri yang paling popular diblog ini, iaitu entri Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000. Dimana sejak ianya dikeluarkan sehinggalah ke hari ini, boleh dikatakan entri ini sentiasa mendapat kunjungan pembaca pada setiap hari dan menerima sebanyak 190 komen! Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung yang sudi memberi respon mengenai harga terbaru DSLR sama ada Nikon atau Canon di entri berkenaan. Sokongan anda amat saya hargai.

Ok, bagi sesiapa yang meminati kamera DSLR Nikon, sudah pasti korang sudah sedia maklum dengan kemunculan 2 DSLR baru yang di ‘upgrade’ dari D90 dan D3000 iaitu D3100 dan D7000. Mari kita lihat secara ringkas perbezaan antara D3000, D3100, dan D5000 pada jadual dibawah.


Apa yang kita boleh lihat, kelebihan utama yang ada pada D3100 adalah;
- Boleh merakam video HD (selama 10 minit)
- Mempunyai Live View
- 14.2Mp, berbanding D3000 = 10.2Mp dan D5000 = 12.3Mp
- Lebih kecil dan ringan sedikit dari D3000 dan D5000
Walaubagaimana pun, DSLR Nikon D3100 ini tetap juga berada didalam kategori Entry Level. Sama seperti D3000 dan D5000, dimana ianya TIDAK mempunyai ‘BUILD IN MOTOR’…



Perbezaan Fizikal D3000 dan D3100
Sekarang nak cerita pasal D7000 pula. Sebelum ini memang kecoh dengan khabar angin yang mengatakan Nikon D90 tidak akan dikeluarkan lagi dan akan digantikan dengan D7000. Tetapi apa yang terjadi, adalah disebaliknya. Ok, nanti saya akan cerita. Sekarang ini, jom kita lihat perbezaan antara D90, D7000 dan D300S…


Ok, dari apa yang kita boleh lihat dari perbandingan 3 DSLR ini, D7000 mempunyai kelebihan;
- Megapixel yang tinggi, iaitu 16.2Mp.
- 39 AF point berbanding D90 yang hanya 11 AF point.
- Body Magnesium Alloy sama seperti D300S.
- Saiz body yang sedikit besar dan berat dari D90 tetapi lebih ringan dari D300S.
- Mempunyai 2 slot memory card.
- Boleh rakam video HD.


Perbezaan Depan. D90 dan D7000


Beza Bahagian Belakang. D90 dan D7000

Inilah serba ringkas perbezaan dan kelebihan D3100 dan D7000 yang dapat saya ceritakan. Sekarang, jom kita bincang pasal HARGA pula.

Bila khabar angin yang mengatakan D90 akan diganti dengan D7000 didapati tidak benar, ini telah menyebabkan harga DSLR D90 meningkat semula. Semasa saya buat ‘window shopping’ di Digital Mall, PJ pada beberapa hari lepas, seorang peniaga kedai Kamera yang terletak di Tingkat 3, Digital Mall memberitahu, pada awal keluaran D7000, harga untuk DSLR D90 telah turun hingga mencapai harga RM3100! Waktu itu, ramai yang menjangkakan harga DSLR D90 akan turun lagi hingga mencecah RM3000 kebawah. Memandangkan D7000 yang keluar bukan sebagai pengganti kepada D90, tetapi sebagai MODEL PERTENGAHAN diantara D90 dan D300S, maka harga untuk D90 meningkat semula menjadi RM3888 (Harga yang NIKON keluarkan untuk D90). Manakala D7000 yang baru keluar pula diletakkan pada harga RM4000 ke atas.

Dibawah ini adalah harga DSLR Nikon yang saya lihat di kedai Tingkat 3, Digital Mall, PJ. (Disember 2010)

D90 – RM3300
D3100 – RM2100
D3000 – RM1750

Pada entry yang akan datang, saya akan paparkan Senarai Harga DSLR pada Tahun 2010 yang diberi oleh pengunjung yang sudi meninggalkan komen di entri Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000 sebelum ini. Jadi, bolehlah kita jadikan ianya sebagai rujukan bagi sesiapa yang sedang mengumpul budget dan bercadang untuk memiliki DSLR pada tahun hadapan…

Reference;

dpreview.com

Digital Mall, PJ 
http://www.nuristimewa.com/harga-terbaru-dslr-nikon-juga-perbezaan-d3100-dan-d7000.html

0 Response to "Harga Terbaru DSLR Nikon juga Perbezaan D3100 dan D7000"

Post a Comment

Popular Posts

Template Information